Sunday, 15 July 2012

Malaysia Negara Orang Gemuk ?



Dalam akhbar Kosmo 16 November 2010,isu utama muka depan Kosmo bnertajuk , 'Malaysia negara orang gemuk.' Kalau kita pandang dari sudut yang positif, ia tidaklah berniat untuk menyinggung sesiapa, tetapi ingin menjelaskan kepada masyarakat bahawa rakyat Malaysia pada hari ini mengamalkan cara hidup yang kurang sihat.

Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa 16.8 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah kegemukan dan 8.4 juta daripadanya diketegorikan sebagai 'obese.'

Benarkah 16.8 Juta Rakyat Malaysia Gemuk?
Mungkin. Tetapi itu bukanlah satu kejutan. Obesiti atau masalah berat badan adalah masalah sedunia.

Tiga Punca Masalah Berat Badan di Malaysia
Yang pasti, terdapat banyak faktor yang menyebabkan 8.4 juta rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obese.

Gaya hidup, pemakanan, kehidupan yang terlalu selesa dan lain-lain. Tetapi ia merupakan masalah semua orang, tidak kira samada di Malaysia, Jerman , Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain.


1.Ketahui Bagaimana? 

Kami rasa tidak perlu untuk mengingatkan semula orang ramai untuk kepentingan menjaga berat badan kerana semua orang pasti tahu. Kesedaran itu sudah ada pada semua orang.
Tetapi kesedaran tanpa pengetahuan bagaimana atau ilmu penjagaan berat badan, usaha itu sia-sia.
Kalau orang ramai di Kuala Lumpur mahupun di luar bandar ditanya tentang keperluan kalori seharian masing-masing, saya rasa 90% tidak tahu. Jadi kalau asas pengetahuan itu tiada, memang hampir mustahil untuk mengawal berat badan. Tapi salah siapa? Adalah salah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Sudah pasti tidak !! Ia adalah salah diri sendiri. Penjagaan kesihatan adalah tanggungjawap masing-masing. Tidak perlu bergantung kepada sesiapa! Kerana kita adalah apa yang kita inginkan, dan pemakanan kita adalah atas keinginan kita sendiri.


2.Cepat putus asas/ rendah diri

Ini masalah kerap kepada mereka yang beratnya telah meningkat over weight... mungkin berat badan naik sebanyak 10 kg dalam 10 tahun. Itu kadar yang amat perlahan. Tetapi apabila seseorang itu ingin kurangkan berat pula, jarang ada yang nak tunggu 10 tahun. Semua nak kurangkan dengan cepat! Kalau boleh 10kg dalam 10-12minggu. Soalannya boleh ke? Bolehkah seseorang kurangkan berat badan dengan cepat?

Jawapan mudah: SUDAH PASTI BOLEH  (hubungi saya personal wellness coach : 012-397 0089) tetapi kebanyakkan orang tidak menpunyai bagaimana cara dan disiplin untuk menjayakannya... jadi mereka cepat putus asa dan serahkan berat badan kepada takdir! ada diantara rakan saya yang bertemu mereka mengatakan adakalanya setelah cuba melakukan senaman, jogging, cycling dan pelbagai lagi aktiviti dalam tempoh 6 bulan tetapi hanya mampu turun hanya 1 kg, kadangkala tak turun langsung dan ada juga yang mengatakan berat mereka pula bertambah! Ianya pasti perkara pelik bagi kita.



3.Tidak mengamalkan gaya hidup sihat 

Orang ramai di Malaysia sangat suka dengan impian kuruskan badan dengan cepat melalui produk-produk tanpa menjalani gaya kehidupan yang sihat serta makanan yang berkhasiat.Sekali lagi di sini, rakyat Malaysia inginkan jalan mudah dan cepat.  Yang pasti, tanpa pemakanan asas yang betul, senaman yang berterusan dan perancangan masa panjang, tiada produk tiada siapa yanga akan dapat menyelesaikan masalah 16.8 juta rakyat Malaysia yang kegemukan.


4. Bagaimana Nak Atasi Masalah Kegemukan?
Bagi saya hanya ada satu solusi yang akan menjanjikan hasil jangka masa panjang yang diingini.
Individu perlukan ilmu asas tentang pemakanan dan cara mengurangkan berat badan yang kukuh.
Dengan adanya asas yang kukuh ini, pengguna akan dapat mengawal pemakanan yang membuat penukaran gaya hidup yang berkekalan. Jangan fikir nak kurus cepat. Yang penting individu itu pandai megawal diri.Kawalan perlu ada dalam diri sendiri. Pemakanan yang berkualiti lagi berhasiat dan senamanyang betul amat perlu dalam proses penurunan berat badan atau mengekalkan BMI.


Salah Diri Sendiri
Apapun, mengurangkan berat badan bukanlah suatu perkara yang susah. Tapi kalau diabaikan ilmu itu, sememangnya ia adalah salah diri sendiri. Jangan disalahkan pada makanan yang sedap, tetapi salahkan diri kerana tidak pandai mengawal tuntutan nafsu makan. Jadi, 16.8 juta rakyat Malaysia perlu melakukan sesuatu untuk mengubah masa depan. Percayalah, anda mampu melakukannya!!

No comments:

Post a Comment