Alhamdulillah baru-baru ini kami bertemu kawan lama yang ingin mengurangkan berat badan dari 122 kg pada umur 33 tahun. Seperti kebiasaan kami akan melakukan evaluation test untuk mengetahui berat badan sebenar, kandungan air dalam badan, umur dalaman dan lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun amat memeranjatkan sekali kandungan air dalam badan beliau adalah lebih kurang 24% sahaja air. Oleh itu kami pun mula menerangkan kepada beliau tentang kepentingan air dalam badan manusia.
Untuk makluman sahabat-sahabat pembaca, air merupakan sumber terpenting untuk diberikan kepada tubuh badan kerana dapat memberikan tenaga kepada kita dalam melakukan tugas-tugas setiap hari. Pakar kesihatan juga menyarankan agar kita mengambil minimum lapan gelas air masak setiap hari kerana dapat membantu dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan kita. Walaubagaimanapun sekiranya kita mengambil lebih dari itu ianya adalah lebih baik sekali. Kerana kita sentiasa terdedah kepada cuaca yang panas menyebabkan badan kita memerlukan lebih dari 8 gelas air sehari.
Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan.
Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.
Malah, Japanese Medical Society juga sudah melakukan kajian membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan gemar meminum air masak mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Sebaiknya, kita digalakkan untuk minum segelas air masak sebelum masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah kita sewaktu kita sedang tidur.
Selain itu, minum air masak sebelum mandi juga dapat melancarkan perjalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah.
Mengamalkan minum air masak sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja setelah berehat untuk tempoh yang agak lama. Apa yang lebih elok, mengambil air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita.
Bagi mereka yang sentiasa menitik beratkan tentang kesihatan dan bentuk tubuh yang cantik, mengamalkan minum air masak 30 minit sebelum menjamah makanan adalah terbukti sangat berkesan untuk terus mengekalkan kesihatan perut dari membuncit.
Selepas kita mengambil air 30 minit sebelum makan, ia dapat mengelakkan kita dari menjamah makanan terlalu banyak berikutan kandungan perut kita sudah hampir penuh dan membuatkan kita tidak terlalu mengikut nafsu untuk menjamah makanan yang terlalu banyak. Sebenarnya amalan minum air 30 minit sebelum dan selepas makan adalah amalan Sunnah Rasulullah SAW. Jadi seandainya kita mampu melakukan perkara sebegini bukan sahaja dapat menjaga kesihatan, tetapi yang paling penting pahala mengamalkan Sunnah Nabi SAW pun kita perolehi. Itulah yang sepatutnya kita kejarkan kejayaan di Aunia dan Akhirat.
No comments:
Post a Comment