Begitu juga kalau kita sempat untuk meluangkan masa Berbuka di Hotel-hotel yang menyediakan buffet Ramadhan dengan kambing bakar, ayam bakar, arnab bakar ada juga yang bernasib baik dapat merasa rusa bakar. wah !! teruja melihat pelbagai juadah disediakan. tetapi setakat mana perut kita mampu menampung makanan yang kita idamkan?
Walaupun nafsu ingin merasa semua juadah yang disediakan, jangan pula kita lupa untuk menjaga kesihatan yang dipinjamkan Allah kepada kita untuk semenara waktu ini. Sekiranya kita mampu menjaga kesihatan tubuh badan itu bermakna kita orang yang mensyukuri nikmat Allah, tapi seandainya kita biarkan diri kita dengan terus mengikut tuntutan nafsu makan, alamatnya kita sudah menzalimi diri sendiri.
Oleh itu, penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah amat penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa.
- Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
- Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
- Kurangkan makanan tinggi gula.
- Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
- Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
- Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.
No comments:
Post a Comment