TENTANG SYARIKAT






Diasaskan pada 1980, Herbalife International adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan terunggul yang mengkhusus dalam mempermudahkan ke arah kehidupan yang sihat. Herbalife kini berada di lebih dari 84 buah negara.





Misi Herbalife adalah untuk mengubah kehidupan manusia dengan menyediakan peluang perniagaan terbaik dalam jualan langsung dan pemakanan terbaik serta produk pengurusan berat badan terbaik di dunia.

Tawaran produk Herbalife berkualiti tinggi.
  • Kejayaan pengurangan berat badan
  • Nutrisi yang dipertingkatkan
  • Peningkatan penjagaan diri
  • Peluang untuk ganjaran kewangan




Bagaimana is bermula

  Ia bermula dengan tragik. Ibu kepada Mark Hughes, pengasas Herbalife, menjadi ketagihan kepada pil diet yang dibenarkan dan meninggal dunia akibat pengambilan berlebihan. Sungguhpun Mark hanya berumur 18 tahun, beliau bertekad mencari jalan untuk membantu kesihatan pengguna melalui pemakanan yang baik serta mencipta program pengurangan berat badan yang selamat dan berkesan. Setelah beberapa lama melalui proses pengkajian dan pembangunan, Mark melancarkan Herbalife untuk memenuhi misi menjadikan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan badan dapat dinikmati oleh semua orang di dunia ini.    





  Direka secara saintifik khusus untuk kejayaan anda  

Produk Herbalife yang inovatif dihasilkan oleh para saintis, doktor dan pakar pemakanan dengan mengambilkira kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Walaupun produk Herbalife berformulakan semulajadi untuk kesejahteraan seumur hidup dan mudah diperolehi, namun janji untuk peluang perniagaan pastinya memberikan ganjaran kewangan yang menguntungkan.  



Pakar yang boleh anda Percaya

Lembaga Penasihat Saintifik Herbalife, Kumpulan Perhubungan Perubatan dan Lembaga Penasihat Perubatan adalah tenaga utama di belakang kejayaan industri Herbalife. Kumpulan pakar saintifik inilah yang mengarah pembangunan produk Herbalife menerusi kajian dan pengujian produk, agar kualiti Herbalife mampu mencapai standad yang ditentukan oleh industri pada masa kini.    





 Ahli Persatuan Penjualan Langsung 

 Sebagai ahli persatuan penjualan langsung, Herbalife berjanji untuk menyokong kod Etika Penjualan Langsung, asas utama komitmen Persatuan dalam mempraktikkan tahap etika yang tinggi dalam perniagaan dan perkhidmatan pengguna.   



Sokongan yang boleh anda harapkan 

  Dengan kumpulan yang melebihi satu juta pengedar bebas menjual produk Herbalife di 76 buah negara di seluruh dunia ( dan jualan retail sebanyak $1.8 billion), anda boleh pastikan yang anda mempunyai sokongan untuk berjaya.







Jaminan Kepada Pengguna

Herbalife menjamin kualiti mana-mana produk keluarannya dan memperakui bahawa produk yang dikeluarkan mencapai standard kualiti kesegaran dan kesucian untuk kegunaan pelanggan.

Kami yakin para pelanggan akan pengguna akan mendapati produk ini memuaskan dalam setiap cara. Bagaimanapun, untuk apa sebab sekalipun sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan mana-mana produk Herbalife yang dibeli daripada Pengedar Herbalife, pelanggan boleh meminta bayaran balik dalam masa 30 hari dari tarikh ia terima produk.

Pelanggan akan diminta memulangkan produk tersebut, atau bahagian produk yamg belum digunakan kepada Pengedar yang mana produk tersebut dibeli. Pengedar mesti menawarkan kredit penuh kepada pelanggan ketika membeli produk Herbalife yang lain atau bayaran balik atas harga yang dibeli.

Jaminan ini terhad hanya kepada syarat-syarat waranti tertentu yang disertakan atau disertakan dengan produk tertentu dan ia terkecuali pada produk yang sengaja dirosakkan atau disalahgunakan.





No comments:

Post a Comment