Kita sering memikirkan bagaimana cara untuk membuang lemak badan kerana kemungkinan lemak badan adalah antara tisu yang sering disalahertikan dalam tubuh manusia. Kita cubit dan tarik, dengan harapan ia akan hilang, seolah-olah ia hanya seperti barangan tambahan yang tidak diperlukan dan mempunyai sedikit fungsi - selain bertindak sebagai peringatan bahawa kita sudah gemuk atau makan terlalu banyak. Oleh kerana kurangnya orang ramai memahami dengan jelas apa sebenarnya lemak badan, mengapa mereka perlu mempunyainya, dan apa yang mereka boleh (dan tidak boleh) lakukan untuk membuangnya – inilah masanya untuk membetulkan beberapa mitos tentang lemak badan.
Jika anda tidak bersenam, otot anda akan bertukar menjadi lemak. Kenyataan ini kelihatan seperti betul – apabila anda berhenti bersenam untuk sementara waktu, otot anda yang tegang dan padat akan mula berasa seperti getah berbusa. Latihan kekuatan boleh membina dan membaikpulih otot, jadi apabila anda berhenti berlatih, serat otot anda mengecut. Dan, anda akan mula menyimpan sedikit lemak di antara gentian otot – itulah sebab mengapa otot menjadi lembut. Tetapi sel-sel otot dan lemak tidak boleh ditukar ganti. Sama seperti anda tidak boleh mengubah sel tulang menjadi sel saraf, atau sel darah merah menjadi sel kulit, tisu otot tidak boleh 'bertukar menjadi lemak.
Anda boleh mensasarkan di mana anda mahu membuang lemak badan anda. Pengurangan mengikut tempat – cuba menyingkirkan lemak pada bahagian tertentu dalam badan – sebenarnya ia tidak berlaku. Betul, jika anda banyak melakukan senaman yang mensasarkan otot abdomen atau kaki, anda akan memadatkan otot di bawahnya – yang mana akan membuatkan anda kelihatan langsing.
Tetapi apabila anda kehilangan lemak badan, anda kehilangan agak seragam. Jika anda agak gemuk dan mempunyai bentuk dan setelah anda menurunkan berat badan, anda masih mengekalkan bentuk badan anda. Dan jika anda mempun yai bentuk badan yang "lurus dari atas ke bawah"-
tanpa saiz pinggang anda yang ketara – anda tidak akan memperolehinya, tidak kira berapa banyak ‘situps’ yang anda lakukan. Apabila anda kehilangan lemak badan, tampak anda akan lebih kurang sama. Hanya lebih kecil sel Lemak hanya tempat untuk menyimpan lemak.
Sehingga baru-baru ini, secara umumnya berfikiran bahawa sel-sel lemak hanya tompokan lemak - tempat untuk mengumpul lebihan kalori. Tidak sama sekali. Sel-sel lemak yang diketahui menghasilkan beberapa hormon – bahan kimia yang dibebaskan ke dalam aliran darah, menghantar isyarat ke bahagian lain badan yang mempunyai kesan yang berbeza pada kesihatan. Dan ia tidak hanya bertumpa di situ - lemak sentiasa bergerak keluar masuk ke dalam sel-sel bergantung kepada apa yang diperlukan oleh tubuh.
¨ Anda harus cuba mendapatkan lemak badan anda serendah yang mungkin. Sementara mempunyai lemak badan berlebihan boleh merisokan kesihatan anda, anda juga perlu mempunyai lemak badan. Walaupun lemak badan adalah sesuatu yang kita membenci, tetapi ia mempunyai beberapa fungsi penting. Di samping menghasilkan hormon penting, lemak juga menyimpan vitamin larut lemak, menyediakan penebat dari panas dan sejuk, dan menyediakan lapisan di sekitar organ-organ penting dan juga tapak kaki. Tahap lemak badan yang sihat adalah lingkungan 15% bagi lelaki dan 22% untuk wanita.
Lemak lebih ringan daripada otot. Anda mendengar ini sepanjang masa, tetapi secara teknikalnya ia tidak betul. Satu paun adalah satu paun - sama ada ia satu paun lemak, satu paun otot ataupun satu paun bulu. Adalah lebih tepat untuk mengatakan lemak kurang tumpat daripada otot – ini bermaksud bahawa satu paun lemak mengambil lebih ruang dalam badan
daripada satu paun otot. Itulah sebabnya mengapa orang yang benar-benar berotot sering berat lebih daripada yang anda sangka - badan mereka padat dengan otot yang tersimpan dalam jumlah yang kecil.
Ditulis oleh : Susan Bowerman, MS, RD, CSSD.
Perunding berbayar untuk Herbalife.
No comments:
Post a Comment