Saturday 30 March 2013

HERBALIFE FRESHMAN CLASS OF 2014




Alhamdulillah setelah kami berjaya mengikuti kelas Herbalife Freshman Class of 2013 dengan penuh jayanya, kini kami diberi peluang untuk mengikuti kelas Herbalife Freshman Class 2014 selama 4 minggu berturut-turut. Agak mencabar juga kerana kelas diadakan setiap minggu, tetapi demi untuk menambah ilmu bagi membantu pelanggan kami yang amat kami sayangi maka kami mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit demi untuk membantu pelanggan kami.

Kepada sahabat-sahabat sekelian, saya harapkan anda juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk menambah ilmu didada. Kerana pastinya ilmu yang akan dipelajari dalam Freshman Class ini akan banyak memberi manfaat kepada diri kita sendiri dan pelanggan kita.

Allah S.W.T berfirman mafhumnya:

"Adakah sama golongan yang berilmu dan golongan yang tidak berilmu"

Oleh itu sahabat sekelian, marilah kita beramai-ramai meriahkan majlis ilmu ini dengan datang beramai-ramai..........Jumpa di sana (Insya'allah).

No comments:

Post a Comment