- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
- Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.
- Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.
- Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.
- Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.
Monday, 13 August 2012
CARA MENGURANGKAN BERAT BADAN DI BULAN RAMADHAN
Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:
INFO SIHAT UNTUK BUKA PUASA
a. Pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya
berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat
membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan
tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting
untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa
seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan
kandungan gula rendah dalam darah. Ia juga penting untuk membolehkan seseorang
itu berpuasa dengan selesa dan mendapat fadhilat yang sewajarnya di bulan
puasa. Oleh itu, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan
yang seimbang untuk kekal sihat di bulan puasa.
b. Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas
makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan
seimbang. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan
Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat
membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan kita
mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut: Nasi, roti, bijirin dan
hasil bijirin.
Buah-buahan dan
sayur-sayuran
Ikan, ayam, daging
dan kekacang
Susu dan produk
tenusu
Sedikit minyak,
lemak, gula dan garam
c. Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini
kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun
pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa,
aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang
banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang
terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh
menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu
berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia
juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah
puasa dengan sempurna.
d. Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah
kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya
dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian
diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1
mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan
makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang
rendah dalam darah kepada paras normal. Walau bagaimanapun, hadkan pengambilan
makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti
yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi
kandungan gula secara berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan
walaupun di bulan puasa.
e. Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik
sahaja selepas mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan
ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur. Jika
boleh, elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta
lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh di ambil jika
perlu. Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas
seperti kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas
susu . Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mi
atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.
f. Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin
boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air,
kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses.
Sekiranya anda mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan
serta sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil 6-8 gelas air, 3 hidangan
sayur-sayuran dan ½ cawan sayur-sayuran serta 2 biji buah sehari. Pengambilan
air juga boleh di ambil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran.
Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang
mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan
mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain daripada
itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah
penting untuk kelancaran sistem penghadaman.
Sunday, 12 August 2012
INDEKS JISIM TUBUH (BMI)
Apa itu BMI?
BMI =
|
Berat badan (kg)
|
Tinggi (m) x Tinggi (m)
|
Apakah klasifikasi BMI?
Jika
BMI anda (kg/m²) adalah
|
Anda
adalah
|
< 18.5
|
Kurang berat badan
|
18.5 - 24.9
|
Mempunyai berat badan unggul
|
25 - 30
|
Berlenihan berat badan
|
30 atau lebih
|
Obes
|
Tahukah anda bahawa berlebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan?
- Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetes, kanser dan darah tinggi.
- Namun begitu, mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.
Bilakah anda dianggap sebagai kurang berat badan?
Apa yang berlaku sekiranya seseorang itu kurang berat badan?
- Kurang berat badan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat masalah kesihatan.
- Kurang berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan, keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.
Bagaimanakah seseorang boleh menambah berat badan dengan cara yang sihat?
- Buat sasaran untuk penambahan berat badan dengan perlahan, iaitu di antara 1 hingga 2 kilogram sebulan. Anda harus mencapai sasaran untuk BMI di antara 18.5 dan 24.9 kg/m2.
- Kawal berat badan anda secara sihat:
- Amal makan secara sihat, dengan memilih dan memakan pelbagai jenis makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
- Pastikan anda makan mengikut waktu makan yang tetap.
- Rancang lebih awal untuk hidangan yang lebih. Untuk menambah berat badan, anda mungkin perlu makan makanan yang berkhasiat lebih dari biasa
- Ambil snek dengan bijak dengan memilih snek yang padat dengan nutrien bagi menambah kalori, vitamin dan mineral.
- Tentukan keperluan tenaga anda. Anda perlu pastikan tahap aktiviti fizikal anda untuk memastikan keperluan tenaga.
Apakah berat badan unggul?
- Anda mempunyai berat badan unggul sekiranya BMI anda adalah di antara 18.5 hingga 24.9/km².
- Kajian menunjukkan bahawa jangka hayat seseorang yang mempunyai BMI unggul adalah lebih tinggi daripada seseorang yang mempunyai BMI yang lebih rendah atau tinggi.
-
Bagaimanakah saya mengekalkan berat badan yang unggul?
- Imbangkan pengambilan makanan anda dengan aktiviti fizikal.
- Tentukan keperluan tenaga anda.
- Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal. Jika anda sememangnya seorang yang sangat aktif, cuba teruskan kadar aktiviti yang sama, bersesuaian dengan umur anda.
Bilakah seseorang itu dianggap sebagai mempunyai berlebihan berat badan?
Anda adalah berlebihan berat badan jika BMI anda adalah 25 hingga kurang dari 30 kg/m². Jika BMI anda adalah 30 atau lebih, anda adalah obes.
Bagaimana seseorang itu boleh menurunkan berat badan mereka?
- Tetapkan sasaran yang realistik untuk menurunkan setengah kilogram berat badan dalam seminggu.
- Pastikan keperluan tenaga anda.
- Timbang berat badan anda sekali seminggu, sebaik- baiknya sebelum makan.
- Makan makanan yang sihat secara sederhana berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
- Jangan sekali-kali menyekat diri untuk tidak makan atau mengehadkan kalori jika anda sangat lapar. Jika anda berbuat demikian, anda selalunya akan makan mengikut nafsu selepas itu.
- Buat beberapa modifikasi dalam diet anda.
- Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak seperti mentega,krim, daging yang berlemak, sos salad, kek dan pastri.
- Elakkan makan atau minum semasa menonton televisyen atau membaca. Lakukan senaman sederhana seperti berjalan laju, berbasikal dan berenang sekurang-kurangnya 30 minit, lima hingga enam hari seminggu.
- Jumpa doktor untuk mengenal pasti dan membetulkan masalah perubatan, biologikal atau fisiologikal yang berkaitan yang boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan.
- Jumpa pakar pemakanan untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan berat badan anda.
- Dapatkan sistem sokongan. Rakan-rakan adalah kumpulan sokongan yang bagus.
Tuesday, 7 August 2012
ISTERI RAMPING RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA
Kajian dapati lelaki puas hati jika pasangan jaga badan
TENNESSEE: Kajian selama empat tahun terhadap 169 pasangan yang baru berkahwin mendapati golongan suami berpuas hati pada awalnya, manakala golongan isteri akan lebih puas dari masa ke semasa apabila mereka mempunyai indeks jisim badan lebih rendah, merujuk kepada lemak badan.
TENNESSEE: Kajian selama empat tahun terhadap 169 pasangan yang baru berkahwin mendapati golongan suami berpuas hati pada awalnya, manakala golongan isteri akan lebih puas dari masa ke semasa apabila mereka mempunyai indeks jisim badan lebih rendah, merujuk kepada lemak badan.
Hasil kajian terbabit disiarkan dalam jurnal Social Psychological and
Personality Science bagi bulan ini.
“Wanita dalam masyarakat sekarang menghadapi banyak tekanan untuk memiliki badan kecil, sesuatu yang jarang dimiliki,” kata Andrea Meltzer, seorang calon profesor di Universiti Tennessee yang juga ketua penyelidikan itu.
“Mesej utama kajian kami adalah wanita sebarang saiz gembira dengan hubungan mereka dengan pasangan yang secocok. Ia berat relatif bukannya mutlak. Ini bukan bermakna mereka perlu menjadi lebih kecil.”
Bagaimana berat relatif memberi kesan kepada perkahwinan tidak jelas, tetapi Meltzer mempunyai teori.
“Satu pandangan ialah daya tarikan dan berat adalah lebih penting bagi lelaki. Ia mungkin sebab mengapa kita lihat ia wujud pada awal perkahwinan kepada si suami, dan suasana bahagia bagi isteri terjejas apabila suami mereka mula merasa tidak puas hati dalam hal itu selepas beberapa lama.”
Hasil kajian itu masih boleh dipegang walaupun apabila ada unsur tekanan lain terhadap perkahwinan seperti kemurungan dan tahap pendapatan, diketepikan. Pada masa sama, berat relatif bukan satu-satunya faktor yang menjejaskan kepuasan dalam perkahwinan, kata Meltzer.
“Jelas sekali banyak perkara bermain dalam kepuasan hubungan dan ini satu daripadanya. Ia bukan satu jaminan untuk menjadi gembira dalam sesebuah hubungan,” tegasnya.
“Lelaki dan wanita cenderung untuk gembira dalam sesuatu hubungan apabila lelaki terbabit lebih berkuasa dalam cara yang lebih lembut,” kata Susan Heitler, pakar terapi pasangan di Denver dan penulis PowerOfTwoMarriage.com.
“Berita baiknya ada pelbagai dimensi yang melambangkan kuasa lelaki,” katanya sambil merujuk kepada aspek ketinggian, berat badan, pendapatan, kecerdikan, tahap pendidikan, personaliti, malah senyuman lebar, kesemuanya memainkan peranan,” katanya.
Kesan perkahwinan terhadap berat badan dan begitu juga sebaliknya, adalah rumit untuk diperjelaskan.
Bagi wanita, rasa tidak puas hati selalunya boleh menyebabkan pertambahan berat badan – satu keadaan bahawa kedua-dua pasangan berasa tidak selesa bercakap mengenai. – Agensi Agensi
70 % AIR DIPERLUKAN OLEH BADAN MANUSIA
Alhamdulillah baru-baru ini kami bertemu kawan lama yang ingin mengurangkan berat badan dari 122 kg pada umur 33 tahun. Seperti kebiasaan kami akan melakukan evaluation test untuk mengetahui berat badan sebenar, kandungan air dalam badan, umur dalaman dan lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun amat memeranjatkan sekali kandungan air dalam badan beliau adalah lebih kurang 24% sahaja air. Oleh itu kami pun mula menerangkan kepada beliau tentang kepentingan air dalam badan manusia.
Untuk makluman sahabat-sahabat pembaca, air merupakan sumber terpenting untuk diberikan kepada tubuh badan kerana dapat memberikan tenaga kepada kita dalam melakukan tugas-tugas setiap hari. Pakar kesihatan juga menyarankan agar kita mengambil minimum lapan gelas air masak setiap hari kerana dapat membantu dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan kita. Walaubagaimanapun sekiranya kita mengambil lebih dari itu ianya adalah lebih baik sekali. Kerana kita sentiasa terdedah kepada cuaca yang panas menyebabkan badan kita memerlukan lebih dari 8 gelas air sehari. Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan.
Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman. Malah, Japanese Medical Society juga sudah melakukan kajian membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan gemar meminum air masak mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Sebaiknya, kita digalakkan untuk minum segelas air masak sebelum masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah kita sewaktu kita sedang tidur. Selain itu, minum air masak sebelum mandi juga dapat melancarkan perjalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah. Mengamalkan minum air masak sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja setelah berehat untuk tempoh yang agak lama. Apa yang lebih elok, mengambil air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita. Bagi mereka yang sentiasa menitik beratkan tentang kesihatan dan bentuk tubuh yang cantik, mengamalkan minum air masak 30 minit sebelum menjamah makanan adalah terbukti sangat berkesan untuk terus mengekalkan kesihatan perut dari membuncit.
Selepas kita mengambil air 30 minit sebelum makan, ia dapat mengelakkan kita dari menjamah makanan terlalu banyak berikutan kandungan perut kita sudah hampir penuh dan membuatkan kita tidak terlalu mengikut nafsu untuk menjamah makanan yang terlalu banyak. Sebenarnya amalan minum air 30 minit sebelum dan selepas makan adalah amalan Sunnah Rasulullah SAW. Jadi seandainya kita mampu melakukan perkara sebegini bukan sahaja dapat menjaga kesihatan, tetapi yang paling penting pahala mengamalkan Sunnah Nabi SAW pun kita perolehi. Itulah yang sepatutnya kita kejarkan kejayaan di Aunia dan Akhirat.
Walaubagaimanapun amat memeranjatkan sekali kandungan air dalam badan beliau adalah lebih kurang 24% sahaja air. Oleh itu kami pun mula menerangkan kepada beliau tentang kepentingan air dalam badan manusia.
Untuk makluman sahabat-sahabat pembaca, air merupakan sumber terpenting untuk diberikan kepada tubuh badan kerana dapat memberikan tenaga kepada kita dalam melakukan tugas-tugas setiap hari. Pakar kesihatan juga menyarankan agar kita mengambil minimum lapan gelas air masak setiap hari kerana dapat membantu dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan kita. Walaubagaimanapun sekiranya kita mengambil lebih dari itu ianya adalah lebih baik sekali. Kerana kita sentiasa terdedah kepada cuaca yang panas menyebabkan badan kita memerlukan lebih dari 8 gelas air sehari. Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan.
Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman. Malah, Japanese Medical Society juga sudah melakukan kajian membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan gemar meminum air masak mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Sebaiknya, kita digalakkan untuk minum segelas air masak sebelum masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah kita sewaktu kita sedang tidur. Selain itu, minum air masak sebelum mandi juga dapat melancarkan perjalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah. Mengamalkan minum air masak sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja setelah berehat untuk tempoh yang agak lama. Apa yang lebih elok, mengambil air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita. Bagi mereka yang sentiasa menitik beratkan tentang kesihatan dan bentuk tubuh yang cantik, mengamalkan minum air masak 30 minit sebelum menjamah makanan adalah terbukti sangat berkesan untuk terus mengekalkan kesihatan perut dari membuncit.
Selepas kita mengambil air 30 minit sebelum makan, ia dapat mengelakkan kita dari menjamah makanan terlalu banyak berikutan kandungan perut kita sudah hampir penuh dan membuatkan kita tidak terlalu mengikut nafsu untuk menjamah makanan yang terlalu banyak. Sebenarnya amalan minum air 30 minit sebelum dan selepas makan adalah amalan Sunnah Rasulullah SAW. Jadi seandainya kita mampu melakukan perkara sebegini bukan sahaja dapat menjaga kesihatan, tetapi yang paling penting pahala mengamalkan Sunnah Nabi SAW pun kita perolehi. Itulah yang sepatutnya kita kejarkan kejayaan di Aunia dan Akhirat.
Sunday, 15 July 2012
Malaysia Negara Orang Gemuk ?
Dalam akhbar Kosmo 16 November 2010,isu utama muka depan Kosmo bnertajuk , 'Malaysia negara orang gemuk.' Kalau kita pandang dari sudut yang positif, ia tidaklah berniat untuk menyinggung sesiapa, tetapi ingin menjelaskan kepada masyarakat bahawa rakyat Malaysia pada hari ini mengamalkan cara hidup yang kurang sihat.
Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa 16.8 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah kegemukan dan 8.4 juta daripadanya diketegorikan sebagai 'obese.'
Benarkah 16.8 Juta Rakyat Malaysia Gemuk?
Mungkin. Tetapi itu bukanlah satu kejutan. Obesiti atau masalah berat badan adalah masalah sedunia.
Tiga Punca Masalah Berat Badan di Malaysia
Yang pasti, terdapat banyak faktor yang menyebabkan 8.4 juta rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obese.
Gaya hidup, pemakanan, kehidupan yang terlalu selesa dan lain-lain. Tetapi ia merupakan masalah semua orang, tidak kira samada di Malaysia, Jerman , Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain.
1.Ketahui Bagaimana?
Kami rasa tidak perlu untuk mengingatkan semula orang ramai untuk kepentingan menjaga berat badan kerana semua orang pasti tahu. Kesedaran itu sudah ada pada semua orang.
Tetapi kesedaran tanpa pengetahuan bagaimana atau ilmu penjagaan berat badan, usaha itu sia-sia.
Kalau orang ramai di Kuala Lumpur mahupun di luar bandar ditanya tentang keperluan kalori seharian masing-masing, saya rasa 90% tidak tahu. Jadi kalau asas pengetahuan itu tiada, memang hampir mustahil untuk mengawal berat badan. Tapi salah siapa? Adalah salah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Sudah pasti tidak !! Ia adalah salah diri sendiri. Penjagaan kesihatan adalah tanggungjawap masing-masing. Tidak perlu bergantung kepada sesiapa! Kerana kita adalah apa yang kita inginkan, dan pemakanan kita adalah atas keinginan kita sendiri.
2.Cepat putus asas/ rendah diri
Ini masalah kerap kepada mereka yang beratnya telah meningkat over weight... mungkin berat badan naik sebanyak 10 kg dalam 10 tahun. Itu kadar yang amat perlahan. Tetapi apabila seseorang itu ingin kurangkan berat pula, jarang ada yang nak tunggu 10 tahun. Semua nak kurangkan dengan cepat! Kalau boleh 10kg dalam 10-12minggu. Soalannya boleh ke? Bolehkah seseorang kurangkan berat badan dengan cepat?
Jawapan mudah: SUDAH PASTI BOLEH (hubungi saya personal wellness coach : 012-397 0089) tetapi kebanyakkan orang tidak menpunyai bagaimana cara dan disiplin untuk menjayakannya... jadi mereka cepat putus asa dan serahkan berat badan kepada takdir! ada diantara rakan saya yang bertemu mereka mengatakan adakalanya setelah cuba melakukan senaman, jogging, cycling dan pelbagai lagi aktiviti dalam tempoh 6 bulan tetapi hanya mampu turun hanya 1 kg, kadangkala tak turun langsung dan ada juga yang mengatakan berat mereka pula bertambah! Ianya pasti perkara pelik bagi kita.
3.Tidak mengamalkan gaya hidup sihat
Orang ramai di Malaysia sangat suka dengan impian kuruskan badan dengan cepat melalui produk-produk tanpa menjalani gaya kehidupan yang sihat serta makanan yang berkhasiat.Sekali lagi di sini, rakyat Malaysia inginkan jalan mudah dan cepat. Yang pasti, tanpa pemakanan asas yang betul, senaman yang berterusan dan perancangan masa panjang, tiada produk tiada siapa yanga akan dapat menyelesaikan masalah 16.8 juta rakyat Malaysia yang kegemukan.
Bagi saya hanya ada satu solusi yang akan menjanjikan hasil jangka masa panjang yang diingini.
Individu perlukan ilmu asas tentang pemakanan dan cara mengurangkan berat badan yang kukuh.
Dengan adanya asas yang kukuh ini, pengguna akan dapat mengawal pemakanan yang membuat penukaran gaya hidup yang berkekalan. Jangan fikir nak kurus cepat. Yang penting individu itu pandai megawal diri.Kawalan perlu ada dalam diri sendiri. Pemakanan yang berkualiti lagi berhasiat dan senamanyang betul amat perlu dalam proses penurunan berat badan atau mengekalkan BMI.
Salah Diri Sendiri
Apapun, mengurangkan berat badan bukanlah suatu perkara yang susah. Tapi kalau diabaikan ilmu itu, sememangnya ia adalah salah diri sendiri. Jangan disalahkan pada makanan yang sedap, tetapi salahkan diri kerana tidak pandai mengawal tuntutan nafsu makan. Jadi, 16.8 juta rakyat Malaysia perlu melakukan sesuatu untuk mengubah masa depan. Percayalah, anda mampu melakukannya!!
Subscribe to:
Posts (Atom)




Isteri Ramping Rahsia Rumah Tangga Bahagia




